Pages

Syair Aku Seorang Hamba



Aku seorang Hamba...hamba kepada Allah...yang lemah...sering lalai dan lupa mengenai tanggungjawab ku sebagai hamba-Nya....Namun Allah masih juga memberi ku nikmat kerana Dia Maha Memberi supaya aku mensyukuri akan nikmat yang diberi dan sentiasa menadah tangan dan sujud sebagai tanda aku syukur akan nikmat dari-Nya..

Aku seorang hamba....sebab itu aku tidak mahu menilai hamba-hamba-Nya yang lain...itu bukan tugas aku....itu bukan tujuan hidup ku...sebagai hamba-Nya..aku harus mengasihi dan menghormati hamba-hamba-Nya yang lain...aku tidak mahu membenci atau menyakiti hati hamba-hamba-Nya yang lain...sedangkan Allah sentiasa Mengasihi hamba-hamba-Nya walaupun ada sesetengah hamba-Nya yang ingkar, tidak mahu sujud dan menyerah kepadanya..Namun Allah tetap mengampuni dosa-dosa hamba-Nya yang memohon keampunan selagi tidak melakukan dosa SYIRIK.....kerana Allah Maha Pengampun...

Aku seorang hamba...tidak berkuasa untuk melakukan apa-apa tanpa izin-NYa..segala apa yang berlaku terhadap ku di dunia ini adalah dugaan dan cubaan daripada-Nya...supaya aku sentiasa beringat..supaya aku sentiasa berfikir...supaya aku sentiasa mengagungkan kebesaran-Nya..ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR...segala yang terjadi di langit dan di bumi....Allah ciptakan supaya hamba-Nya mengagumi akan kebesaran-Nya..supaya hamba-Nya menyaksikan akan kebesaran-Nya...supaya hamba-Nya sentiasa berkata...Ya ALLAH...sesungguhnya Kau Maha Besar...sesungguhnya Kau Maha Agung....sesunggunya Kau lah Tuhan Yang Layak Di sembah..dan tiada tuhan selain dari-MU Ya ALLAH...

Aku seorang hamba....hidupku...matiku...ibadatku...sembahyangku....adalah kerana ALLAH....seperti yang Kau firman kan di dalam Al-quran
"قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَلَمِينَ
Katakanlah:" Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS. AL AN'AAM:162)

Ya Allah..aku berdoa kepada-Mu semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang Kau kasihi...semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang mengerti akan petunjuk-Mu...semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang cintakan akhirat..semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang tidak lalai....

AKU SEORANG HAMBA......................