Pages

Pantun Mengapa Malas Sembahyang.


MENGAPA ENGKAU MALAS SEMBAHYANG
SEDANGKAN UMUR BUKANNYA PANJANG
SIKSA KUBUR CUBALAH BAYANG
DIPUKUL DIPALU TANGGUNGLAH SEORANG

MENGAPA MESTI MALAS SEMBAHYANG
TIADA UZUR TIADA PENGHALANG
BUKANKAH REZEKI TIDAK TERBILANG
DIKURNIA ALLAH SIANG DAN MALAM

MENGAPA MASIH MALAS SEMBAHYANG
WALHAL HIDUPMU SENTIASA SENANG
NIKMAT ALLAH BUKAN KEPALANG
TIDAKKAH ENGKAU MAHU MENGENANG

MENGAPA SELALU LENGAHKAN SEMBAHYANG
URUSAN DUNIA LEBIH DIUTAMAKAN
KATA DUNIA AKHIRAT PERLU SEIMBANG
SEOLAH-OLAH HIDUP TAK TAKUT TUHAN


MENGAPA DEGIL TAK NAK SEMBAHYANG
SUSAH SANGAT NAK DENGAR KATA TUHAN
BUDAK KECIK PUN TAHU AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN