Pages

Berfikir Sejenak..Seminit Bersama Arisk Tensai 24.08.2010



Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sejahtera..sekadar berkongsi apa yang berlegar di dalam kepala otak aku sekarang..pagi tadi selepas solat subuh..aku seperti biasa bersama rakanku di masjid akan membaca buku fadhilat amal untuk menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama ALLAH...sebaik sahaja selesai, aku berbincang sekejap dengan rakan ku itu dan di dalam perbincangan tersebut, dia menceritakan mengenai kisah seorang hamba ALLAH yang dia telah berjumpa dan pernah di ajak untuk duduk bersama mendengar bacaan fadhilat amal di masjid...

....Dan dipendekkan cerita...dia mengatakan bahawa hamba ALLAH tersebut mempersoalkan mengenai kesahihan hadis yang terkandung di dalam fadhilat AMAL tersebut..dan rakan aku mengatakan sesuatu yang tidak aku setujui namun aku hanya mengangguk dan tersenyum kerana tidak mahu menyakitkan hati nya..rakan ku itu mengatakan bahawa..siapa lah kita untuk mempersoalkan kesahihan sesuatu hadis itu kerana itu kerja ulama atau ustadz...bukan kita...aku berfikir..jadi bagaimana kalau Ulama dan ustadz itu pesong atau sengaja menyesatkan...jadi kita pun termasuk longkang...ini lah yang berlaku kepada kaum-kaum yahudi dan nasrani dahulu..mereka di tegah untuk mempersoalkan apa yang di keluarkan oleh paderi..ikut saja..kerana itu agama..orang awam tidak layak mempersoalkan..Astaghfirullah.. dan lihatlah betapa jauh nya kitab mereka dengan kebenaran.

Fikiran menghadkan pertanyaan mengenai kesahihan sesuatu hadis itu atas sebab yang memberitahu itu ustadz atau ulama..atau atas sebab siapa lah kita utk mempersoalkan mereka..bagi aku itu salah cara berfikiran nya...kita dengar kata Rasullullah SAW..bukan ustadz atau ulama...ilmu ini diterima..kemudian di nilai dan diperiksa kembali kepada al-quran dan as-sunnah...aku tidak suka hanya menerima ilmu itu bulat-bulat....bukan kah ALLAH menganugerahkan kita AKAL untuk berfikir...kalau di larang utk berfikir..jadi mengapa di anugerahkan AKAL..tepuk dada tanya IMAN...doa kepada ALLAH..semoga di mudahkan pemahaman mengenai agama-NYA..insya ALLAH...